Mutiara Kata

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 & Selamat Ulangtahun yg Pertama

26 Muharram 1432

Salam...

Selamat menyambut tahun 2011...
Semoga aku dah lakukan & dah dapat segala yg terbaik dalam hidup aku dlm tahun 2010 yg dah ditinggalkan...
Harapan aku, semoga yg apa yg bakal berlaku pada tahun 2011 jauh lebih baik daripada tahun2 sebelumnya...amiin...

Sebelum aku terlupa, hari ni jugak adalah ulangtahun pertama blog Kapal Kertas ni...
Semoga dalam tahun 2011 ni, ada post2 menarik & berguna yg dapat aku kongsi dalam blog ni...yg paling penting, aku dapat meluangkan masa menghadap skrin & menaip utk blog ni...;)




Nota: Selamat Tahun Baru 2011 & Selamat Ulangtahun Pertama Kapal Kertas!


Thursday, December 9, 2010

Cerita Tempat Kerja 1: Mulut Masin

3 Muharram 1432

Salam...

Cerita ni dah berlaku hujung bulan Oktober, tapi baru sekarang sempat nak kongsi kat sini...
Tempat aku kerja sekarang kena ulang-alik dgn tren yg menghubungkan antara bangunan utama dgn bangunan tempat aku kerja.

Selain tu, kat tempat aku kerja ni ada 1 tangga (yg boleh lipat2, yg selalu org gunakan utk betulkan lampu ke, ambil barang dari tempat tinggi ke) yg selalu dipinjam oleh 'jiran2' sekeliling.

Aku dpt tau drp ketua aku, yg tren tu akan ditutup utk kerja2 naik taraf bermula bulan November, selama 4 bulan setengah. Sebagai ganti sementara, bas akan disediakan dan tempat utk naik & turun berbeza dgn tempat biasa naik tren.
Nak dijadikan cerita, aku pun bertanya pada AZ (kawan sejawat la kata org)...

Aku: Kat mana nak naik bas nanti?
AZ: Ntah la KK, AZ pun tak tau.

Tgh berborak-borak, datang seorg lelaki nak pinjam tangga. Lepas hampir sejam, aku teringat pasal tangga yg dipinjam tadi.

Aku: Org yg pinjam tangga tadi, dah pulangkan ke?
AZ: Tak perasan pulak, belum kot.

Habis je AZ menjawab, org yg pinjam tangga tadi pun sampai sambil mintak maaf sebab terlambat pulangkan tangga. Bila dia keluar je, AZ pun datang dekat aku...

AZ: Baru KK tanya, dia dah hantar balik, macam tau2 je. Mulut masin betul.
Aku: Hehehe...

Habis syif, aku & AZ pun nak balik, tunggu tren bukan main lama lagi. Bila org makin ramai & kitorg pun dah tertanya-tanya, datang pegawai bertugas mengarahkan kitorg naik bas sambil tunjukkan arahnya. AZ pandang aku dgn muka tak berapa nak puas hati.

AZ: Tengok, memang mulut masin betul lah. Baru tanya tadi pasal bas, dah kena naik bas.
Aku: (sengih je)

Sekali tu je lah kitorg naik bas sebelum proses naik taraf tu berlaku..

Nota: Sebenarnya, ada lagi peristiwa mulut masin yg berlaku pada hari yg sama, tapi ni pun dah panjang sangat yg aku taip...

Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Tahun 1432 Hijrah

29 Zulhijjah 1431

Salam...

Hari ni dah masuk hari terakhir dlm tahun 1431 Hijrah...
Mudah2an apa yg berlaku & apa yg aku dah capai dlm tahun ni, mendatangkan manfaat kpd diri aku sendiri & orang2 lain di sekeliling aku.
Macam biasa, petang ni lepas Asar, ada bacaan doa Akhir Tahun & lepas Maghrib nanti, doa Awal Tahun pulak.
Kita baca doa2 ni, dgn harapan tahun yg dah berlalu tu, kita dah lalui dgn baik & lebih baik pada tahun seterusnya.

Wednesday, December 1, 2010

Lama tak Update Rupanya...

25 Zulhijjah 1431

Salam...

Dah lama tak menaip. Idea pun dah kering.
Bukan sengaja tak nak update apa2, tapi sebab kekangan masa & tenaga.
Sejak aku mula kerja semula ni, balik je rumah, badan dah letih.
Tak ingat apa dah, niat nak isi perut yg biasanya tak sempat diisi, lepas tu terus cari bantal.
Sesekali, ada jugak menjenguk blog2 favourite aku.
Cuma nak update sendiri punya je tak terbuat.

Teringat masa mula2 nak wujudkan blog ni.
Masa tu agak berkobar2 jugak, tapi sayang tak ada perkara menarik yg nak dikongsi.
Bila dah mula kerja ni, ada macam2 cerita rasa nak letak kat sini, tapi tak dapat nak menghadap skrin lama2.
Nak tunggu loading pun boleh tertidur dibuatnya.
Akhirnya, cerita yg nak ditaip, ditangguh2, langsung tak tertaip.
Bila jenguk balik, alamak aih, entry last sekali pasal bulan puasa.
Ni Aidilfitri & Aidiladha pun dah berlalu.
Sedar2 dah nak masuk tahun Hijrah & Masihi yg baru.

Nota: Aku harap aku sempat lagi tambah entry dlm bulan terakhir tahun ni.

Tuesday, August 24, 2010

Puasa di Tempat Kerja Baru

14 Ramadhan 1431

Salam...

Masa aku mula nak menaip entri ni, aku baru perasan yg sepanjang bulan lepas langsung tak ada entri apa2 yg aku masukkan dlm blog setahun jagung ni...;p

Aku dah mula kerja di tempat baru awal bulan ni...hari pertama, tak banyak yg aku boleh buat sebab masih belajar nak sesuaikan diri dgn suasana & kawan2 sekerja yg baru...
Masuk minggu kedua bekerja, dah mula bulan puasa...pengalaman pertama aku bersahur di tempat kerja...utk 5 hari berturut-turut pulak tu...sebab shift kerja aku masa tu dari malam hingga esok paginya...
Dulu kalau setakat berbuka di tempat kerja, aku dah pernah rasa...tapi bersahur belum pernah lagi...utk menyenangkan diri aku sendiri, aku bawak bekal dari rumah...(of course Umi yg tolong siapkan...hehe...aku kan anak mak & bapak...huahaha)...
Tapi sebab dapat berbuka kat rumah, jadi aku rasa tak kisah sangat...

Lepas tu, aku kena berbuka pulak kat sana...sebab kali ni, shift aku dari tengahari sampai ke malam...berturut-turut jugak...
Masa ni rasa tak berapa best sebab jadi kurang selera makan seorg2...(kena berbuka bergilir-gilir dgn kawan 'seshift')...masa sahur seorg2, tak rasa macam ni pun...

Malam ni, aku mula sahur di tempat kerja lagi...tapi tak la lama macam masa mula2 dulu...
Kali ni mungkin dah tak rasa apa2 lagi sebab dah mula biasakan diri dgn keadaan ni...

Nota: Entah macam mana la keadaannya nanti bila dah dekat2 dgn Hari Raya...


Monday, August 23, 2010

Latihan & Kawan2 Baru

13 Ramadhan 1431

Salam...

Dah lama tak jenguk blog ni...rasa macam dah mula terabai blog yg satu ni..
Sebab utama ialah aku tak ada subjek/isi/entri yg sesuai utk aku letakkan dlm blog ni...
Sebab lain, bila aku dah ada benda yg boleh aku masukkan, aku tak berkesempatan nak duduk mengadap skrin & menaip...
Kebetulan hari ni agak lapang, baru ada peluang nak menaip...

Lepas aku diterima utk kerja hujung bulan lepas, aku diarahkan pergi latihan (ala-ala orientasi masa belajar dulu2) utk 5 hari berturut-turut dari pagi sampai ke ptg...
Memang agak penat sebab tempat tu ambil masa lebih kurang sejam lebih dgn komuter utk sampai dari rumah aku...(aku memang suka naik komuter ke tempat2 yg reachable dgn komuter sebab tak payah fikir pasal jalan sesak & parking)

Hari pertama, aku dapat seorang dua je kawan baru yg sama2 buat latihan, sebab aku memang jenis yg susah sikit nak mesra dgn org yg aku baru kenal...kalau dulu lagi teruk, sampai ambil masa sekurang-kurangnya setahun utk jadi kawan rapat aku...huhu...
Lepas hari kedua, semua trainee yg ada dah jadi kawan aku...kebanyakannya lebih muda drp aku...ada seorang yg sebaya & seorang lagi tua setahun drp aku...lagipun masa sesi tu tak ramai, termasuk aku ada 10 org je...jadi senang la sikit aku nak camkan muka & ingat nama diorang.

Bila sampai ptg hari terakhir, salah seorg trainee cakap sebaris ayat yg buat aku rasa sayu sikit..."Eh, dah last day..rasa macam baru kenal korg semalam.."
Ye, aku rasa sayu sebab aku pun rasa macam baru jumpa diorg semalamnya...jadi sebelum balik, ktorg pun bertukar-tukar no. telefon, emel & yg paling penting profile Facebook masing2 sebab nak kan gambar yg diambil sepanjang tempoh training...sebab kebanyakan ktorg akan kerja di cawangan yg berbeza-beza...

Nota: Walaupun jumpa sekejap je, tapi harap2 persahabatan ni akan berpanjangan...
Owh lupa...selamat berpuasa (dah separuh jalan dah pun...)

Thursday, June 10, 2010

Koc Merah Jambu yg Tak Jambu

27 Jamadilakhir 1431

Salam...

Aku pergi melawat kawan (yg boleh dikatakan BFF) aku, Cik H. Cara paling senang utk ke tempat dia dgn komuter.
Oleh sebab masa kali pertama aku naik koc merah jambu hujung bulan lepas, tak ada masalah & rasa selesa jugak, kali ni pun aku buat keputusan nak naik koc yg sama.
Tapi yg buat aku rasa kecewa sikit, masa aku baru nak melangkah dari luar, aku nampak dalam koc tu sama kalau aku naik koc biasa. Pihak yg tak sepatutnya naik ni, dgn rasa tak bersalah, masuk & duduk dalam koc ni (diorang boleh duduk sebaris!- walaupun ada yg berdiri, tapi tak ramai). Disebabkan tak ada yg tegur, maka selamba je la diorang stay kat koc tu.

Masa tgh tunggu komuter utk balik pulak, sekali lagi aku decide nak masuk dalam koc merah jambu. Sebab aku rasa, kali ni tentu tak sama dgn keadaan mula2 tadi.
Tapi sangkaan aku silap. Kali ni, seorang dari pihak yg sepatutnya naik, berani menegur tapi teguran dia tak diendahkan. Selepas teguran yg pertama tak diendahkan, seorang lagi pulak tegur dgn cara yg agak agresif. Tapi beberapa orang dari pihak yg tak sepatutnya naik, menjawab dgn kuat yg diorang terpaksa naik disebabkan ada komuter rosak & dah tunggu terlalu lama. Aku tak sangka, diorang akan panggil yg tegur tu "kecoh"!

Masa tu, yg ada dalam fikiran, aku nak cepat sampai sebab tak nak bersesak-sesak lagi & lepas ni, kalau terpaksa naik komuter lagi, aku akan naik koc biasa je.

Nota: Nak kata serik, tak jugak.