Mutiara Kata

Wednesday, March 10, 2010

Lagi Tentang Kepala: Bertanduk?

24 Rabiulawal 1431

Salam...

Kalau semalam ada pasal kepala tupai tersangkut dlm kelapa, hari ni ada berita tentang kepala yg tumbuh tanduk...

Pic: Kosmo

Kisah lanjut ada kat sini & kat sini


Pic: Harian Metro

Kepala nenek (mungkin moyang lebih sesuai kot) kat China ni, ada something yg menyerupai tanduk sepanjang 6.1 cm kat dahi kiri & tanduk ni semakin panjang...
Lepas tu, ada tompok kat dahi kanan yg mungkin akan jadi tanduk jugak...
Mengikut laporan berita, tanduk tu mungkin berasal dr bahan protein yg sama yg ada pada kuku, sisik & lapisan luar kulit: keratin

Macam2...

Nota: Emm...

Tuesday, March 9, 2010

Kepala & Kelapa

23 Rabiulawal 1431

Salam...

Antara kepala & kelapa...ada apa?
Ada gigi & isi kelapa...;p

Berita ni aku baca kat Kosmo online (Dunia)...


Pic: Kosmo

Berita penuh kat sini.


Gambar 2 ekor tupai yg nampak comel bila kepala tersangkut dlm kelapa buat aku rasa nak kongsi kat blog ni...

Kata abah aku, mungkin tupai2 ni simpan isi kelapa kat pipi dia & bila pipi penuh dgn isi kelapa, kepala pun tersangkut.

Nota: Aku rasa kelakar bila tuan punya taman (tempat tupai2 ni makan) cakap, tupai2 ni nampak macam Angkasawan

Monday, March 1, 2010

Akhirnya

15 Rabiulawal 1431

Salam...

Lama rasanya tak post apa2...
Nak kata sibuk tak jugak...mungkin sebab sekarang ni dah tak boleh mengadap skrin lama2...terus sakit kepala berjam-jam..langsung tak dapat buat kerja2 lain...
Jadi sementara masih ok ni, taiplah sikit (mungkin banyak) utk entry hari ni...

Hari ni hari pertama bulan Mac...cepatnya dah masuk bulan Mac

Lebih kurang 2 minggu lepas, adik aku, Kapal Terbang (KT) buat operation buang tonsil...
Sebenarnya dah lama dia ada tonsil ni...cuma masa kecik2 dulu, dia takut nak buang...
Biasalah budak2 takut operation...
Sepatutnya bulan Januari dia dah buat operation tu tapi minta tangguh sebab dekat sangat dgn exam dia...sekali dapat penghujung bulan Mac...
Masa dia balik cuti Tahun Baru Cina, dia dapat call drp hospital, ada orang lain yg sepatutnya buat operation, tak jadi...makanya ada tempat kosong utk dia...
Lepas bincang2 dgn family semua, dia buat keputusan utk terima tarikh tu dan terus masuk wad...
Akhirnya, dah selamat dah KT buang tonsil...tapi yg seksanya lepas operation tu especially masa nak makan (hari2 makan bubur) & berkomunikasi (kadang2 pakai bahasa isyarat je)...

Minggu lepas pulak, minggu hari lahir dalam family aku...mula dgn 23hb, birthday Atuk aku (sebelah umi aku, satu2nya grandparent aku yg tinggal) yg ke-92. Esoknya, birthday Abah aku. Lusanya pulak, birthday Umi aku...berturut-turut kan? Tapi ada lagi...hari seterusnya birthday Abah aku lagi (ikut tahun Hijrah) sebab abah aku lahir 12 Rabiulawal...
Jadi, Selamat Hari Lahir!

Sebelum betul2 terlewat, Selamat Menyambut Maulidur Rasul, Jumaat lepas...
Moga2 aku dapat menghayati & mencontohi akhlak Baginda S.A.W.
Kalau kat Johor, belum terlambat lagi, sebab sambutan Maulidur Rasul kat sana berlanjutan sampai lebih kurang 3 bulan...(ni pengalaman aku masa sekolah kat Johor dulu)

Nota: Akhirnya ada jugak entry lepas setengah bulan tak post apa2