Mutiara Kata

Thursday, June 10, 2010

Koc Merah Jambu yg Tak Jambu

27 Jamadilakhir 1431

Salam...

Aku pergi melawat kawan (yg boleh dikatakan BFF) aku, Cik H. Cara paling senang utk ke tempat dia dgn komuter.
Oleh sebab masa kali pertama aku naik koc merah jambu hujung bulan lepas, tak ada masalah & rasa selesa jugak, kali ni pun aku buat keputusan nak naik koc yg sama.
Tapi yg buat aku rasa kecewa sikit, masa aku baru nak melangkah dari luar, aku nampak dalam koc tu sama kalau aku naik koc biasa. Pihak yg tak sepatutnya naik ni, dgn rasa tak bersalah, masuk & duduk dalam koc ni (diorang boleh duduk sebaris!- walaupun ada yg berdiri, tapi tak ramai). Disebabkan tak ada yg tegur, maka selamba je la diorang stay kat koc tu.

Masa tgh tunggu komuter utk balik pulak, sekali lagi aku decide nak masuk dalam koc merah jambu. Sebab aku rasa, kali ni tentu tak sama dgn keadaan mula2 tadi.
Tapi sangkaan aku silap. Kali ni, seorang dari pihak yg sepatutnya naik, berani menegur tapi teguran dia tak diendahkan. Selepas teguran yg pertama tak diendahkan, seorang lagi pulak tegur dgn cara yg agak agresif. Tapi beberapa orang dari pihak yg tak sepatutnya naik, menjawab dgn kuat yg diorang terpaksa naik disebabkan ada komuter rosak & dah tunggu terlalu lama. Aku tak sangka, diorang akan panggil yg tegur tu "kecoh"!

Masa tu, yg ada dalam fikiran, aku nak cepat sampai sebab tak nak bersesak-sesak lagi & lepas ni, kalau terpaksa naik komuter lagi, aku akan naik koc biasa je.

Nota: Nak kata serik, tak jugak.