Mutiara Kata

Monday, May 3, 2010

Bulan Penuh dgn Sambutan

18 Jamadilawal 1431

Salam...

Bulan Mei nampaknya ada banyak sambutan. Bermula dgn hari Pekerja yg jatuh pada 1 Mei yg kebetulan pulak hari Sabtu...
Oleh sebab, aku belum betul2 jadi pekerja, maka hari pekerja ni tak ada rasa apa2 sangat...
Cuma rasa seronok sikit sebab dapatlah Abah aku bercuti (walaupun Abah memang cuti Sabtu & Ahad) sebab dapatlah kitorg keluar ke tempat2 yg jarang pergi (tempat yg bukan utk shopping barang2 harian...yg tu bila2 pun boleh pergi..;p)

Pic: google

Lepas tu sambung pula dgn Hari Ibu, yg tahun jatuh pada 9 Mei...
Oleh sebab keluarga aku jarang sambut hari2 macam...maka aku dah bayangkan yg hari tu nanti akan berlalu macam tu je...
Sebab sambutan hari Ibu ke Bapa ke pada keluarga aku bukan sesuatu yg jadi kemestian utk disambut sebab kalau setakat dgn tujuan nak mengenang/menghargai jasa ibu bapa, tak payah tunggu hari tertentu...hari2 pun boleh...
Tapi aku pernah jugak poskan kad ucapan (atau SMS je kalau tak sempat) utk Umi & Abah masa hari Ibu & Bapa masa aku tinggal jauh (asrama) dulu...sekarang, bila dah hari2 ada kat rumah, setiap masa pun aku boleh sambut hari Ibu & Bapa ni...hehehe

Nota: Lepas ni ada Hari Guru pulak...