3 Muharram 1432
Salam...
Cerita ni dah berlaku hujung bulan Oktober, tapi baru sekarang sempat nak kongsi kat sini...
Tempat aku kerja sekarang kena ulang-alik dgn tren yg menghubungkan antara bangunan utama dgn bangunan tempat aku kerja.
Selain tu, kat tempat aku kerja ni ada 1 tangga (yg boleh lipat2, yg selalu org gunakan utk betulkan lampu ke, ambil barang dari tempat tinggi ke) yg selalu dipinjam oleh 'jiran2' sekeliling.
Aku dpt tau drp ketua aku, yg tren tu akan ditutup utk kerja2 naik taraf bermula bulan November, selama 4 bulan setengah. Sebagai ganti sementara, bas akan disediakan dan tempat utk naik & turun berbeza dgn tempat biasa naik tren.
Nak dijadikan cerita, aku pun bertanya pada AZ (kawan sejawat la kata org)...
Aku: Kat mana nak naik bas nanti?
AZ: Ntah la KK, AZ pun tak tau.
Tgh berborak-borak, datang seorg lelaki nak pinjam tangga. Lepas hampir sejam, aku teringat pasal tangga yg dipinjam tadi.
Aku: Org yg pinjam tangga tadi, dah pulangkan ke?
AZ: Tak perasan pulak, belum kot.
Habis je AZ menjawab, org yg pinjam tangga tadi pun sampai sambil mintak maaf sebab terlambat pulangkan tangga. Bila dia keluar je, AZ pun datang dekat aku...
AZ: Baru KK tanya, dia dah hantar balik, macam tau2 je. Mulut masin betul.
Aku: Hehehe...
Habis syif, aku & AZ pun nak balik, tunggu tren bukan main lama lagi. Bila org makin ramai & kitorg pun dah tertanya-tanya, datang pegawai bertugas mengarahkan kitorg naik bas sambil tunjukkan arahnya. AZ pandang aku dgn muka tak berapa nak puas hati.
AZ: Tengok, memang mulut masin betul lah. Baru tanya tadi pasal bas, dah kena naik bas.
Aku: (sengih je)
Sekali tu je lah kitorg naik bas sebelum proses naik taraf tu berlaku..
Nota: Sebenarnya, ada lagi peristiwa mulut masin yg berlaku pada hari yg sama, tapi ni pun dah panjang sangat yg aku taip...
Thursday, December 9, 2010
Cerita Tempat Kerja 1: Mulut Masin
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 9:31 AM 0 Tindakbalas
Labels: Kerja, Macam2, Pengalaman
Monday, December 6, 2010
Selamat Menyambut Tahun 1432 Hijrah
29 Zulhijjah 1431
Salam...
Hari ni dah masuk hari terakhir dlm tahun 1431 Hijrah...
Mudah2an apa yg berlaku & apa yg aku dah capai dlm tahun ni, mendatangkan manfaat kpd diri aku sendiri & orang2 lain di sekeliling aku.
Macam biasa, petang ni lepas Asar, ada bacaan doa Akhir Tahun & lepas Maghrib nanti, doa Awal Tahun pulak.
Kita baca doa2 ni, dgn harapan tahun yg dah berlalu tu, kita dah lalui dgn baik & lebih baik pada tahun seterusnya.
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 6:15 PM 0 Tindakbalas
Labels: Info, Kapal Kertas/Keluarga, Perayaan
Wednesday, December 1, 2010
Lama tak Update Rupanya...
25 Zulhijjah 1431
Salam...
Dah lama tak menaip. Idea pun dah kering.
Bukan sengaja tak nak update apa2, tapi sebab kekangan masa & tenaga.
Sejak aku mula kerja semula ni, balik je rumah, badan dah letih.
Tak ingat apa dah, niat nak isi perut yg biasanya tak sempat diisi, lepas tu terus cari bantal.
Sesekali, ada jugak menjenguk blog2 favourite aku.
Cuma nak update sendiri punya je tak terbuat.
Teringat masa mula2 nak wujudkan blog ni.
Masa tu agak berkobar2 jugak, tapi sayang tak ada perkara menarik yg nak dikongsi.
Bila dah mula kerja ni, ada macam2 cerita rasa nak letak kat sini, tapi tak dapat nak menghadap skrin lama2.
Nak tunggu loading pun boleh tertidur dibuatnya.
Akhirnya, cerita yg nak ditaip, ditangguh2, langsung tak tertaip.
Bila jenguk balik, alamak aih, entry last sekali pasal bulan puasa.
Ni Aidilfitri & Aidiladha pun dah berlalu.
Sedar2 dah nak masuk tahun Hijrah & Masihi yg baru.
Nota: Aku harap aku sempat lagi tambah entry dlm bulan terakhir tahun ni.
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 10:18 PM 0 Tindakbalas
Labels: Kapal Kertas/Keluarga
Tuesday, August 24, 2010
Puasa di Tempat Kerja Baru
14 Ramadhan 1431
Salam...
Masa aku mula nak menaip entri ni, aku baru perasan yg sepanjang bulan lepas langsung tak ada entri apa2 yg aku masukkan dlm blog setahun jagung ni...;p
Aku dah mula kerja di tempat baru awal bulan ni...hari pertama, tak banyak yg aku boleh buat sebab masih belajar nak sesuaikan diri dgn suasana & kawan2 sekerja yg baru...
Masuk minggu kedua bekerja, dah mula bulan puasa...pengalaman pertama aku bersahur di tempat kerja...utk 5 hari berturut-turut pulak tu...sebab shift kerja aku masa tu dari malam hingga esok paginya...
Dulu kalau setakat berbuka di tempat kerja, aku dah pernah rasa...tapi bersahur belum pernah lagi...utk menyenangkan diri aku sendiri, aku bawak bekal dari rumah...(of course Umi yg tolong siapkan...hehe...aku kan anak mak & bapak...huahaha)...
Tapi sebab dapat berbuka kat rumah, jadi aku rasa tak kisah sangat...
Lepas tu, aku kena berbuka pulak kat sana...sebab kali ni, shift aku dari tengahari sampai ke malam...berturut-turut jugak...
Masa ni rasa tak berapa best sebab jadi kurang selera makan seorg2...(kena berbuka bergilir-gilir dgn kawan 'seshift')...masa sahur seorg2, tak rasa macam ni pun...
Malam ni, aku mula sahur di tempat kerja lagi...tapi tak la lama macam masa mula2 dulu...
Kali ni mungkin dah tak rasa apa2 lagi sebab dah mula biasakan diri dgn keadaan ni...
Nota: Entah macam mana la keadaannya nanti bila dah dekat2 dgn Hari Raya...
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 2:15 PM 0 Tindakbalas
Labels: Kerja, Pengalaman, Pertama kali, Puasa
Monday, August 23, 2010
Latihan & Kawan2 Baru
13 Ramadhan 1431
Salam...
Dah lama tak jenguk blog ni...rasa macam dah mula terabai blog yg satu ni..
Sebab utama ialah aku tak ada subjek/isi/entri yg sesuai utk aku letakkan dlm blog ni...
Sebab lain, bila aku dah ada benda yg boleh aku masukkan, aku tak berkesempatan nak duduk mengadap skrin & menaip...
Kebetulan hari ni agak lapang, baru ada peluang nak menaip...
Lepas aku diterima utk kerja hujung bulan lepas, aku diarahkan pergi latihan (ala-ala orientasi masa belajar dulu2) utk 5 hari berturut-turut dari pagi sampai ke ptg...
Memang agak penat sebab tempat tu ambil masa lebih kurang sejam lebih dgn komuter utk sampai dari rumah aku...(aku memang suka naik komuter ke tempat2 yg reachable dgn komuter sebab tak payah fikir pasal jalan sesak & parking)
Hari pertama, aku dapat seorang dua je kawan baru yg sama2 buat latihan, sebab aku memang jenis yg susah sikit nak mesra dgn org yg aku baru kenal...kalau dulu lagi teruk, sampai ambil masa sekurang-kurangnya setahun utk jadi kawan rapat aku...huhu...
Lepas hari kedua, semua trainee yg ada dah jadi kawan aku...kebanyakannya lebih muda drp aku...ada seorang yg sebaya & seorang lagi tua setahun drp aku...lagipun masa sesi tu tak ramai, termasuk aku ada 10 org je...jadi senang la sikit aku nak camkan muka & ingat nama diorang.
Bila sampai ptg hari terakhir, salah seorg trainee cakap sebaris ayat yg buat aku rasa sayu sikit..."Eh, dah last day..rasa macam baru kenal korg semalam.."
Ye, aku rasa sayu sebab aku pun rasa macam baru jumpa diorg semalamnya...jadi sebelum balik, ktorg pun bertukar-tukar no. telefon, emel & yg paling penting profile Facebook masing2 sebab nak kan gambar yg diambil sepanjang tempoh training...sebab kebanyakan ktorg akan kerja di cawangan yg berbeza-beza...
Nota: Walaupun jumpa sekejap je, tapi harap2 persahabatan ni akan berpanjangan...
Owh lupa...selamat berpuasa (dah separuh jalan dah pun...)
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 4:55 PM 0 Tindakbalas
Labels: Kapal Kertas/Keluarga, Kerja, Pengalaman
Thursday, June 10, 2010
Koc Merah Jambu yg Tak Jambu
27 Jamadilakhir 1431
Salam...
Aku pergi melawat kawan (yg boleh dikatakan BFF) aku, Cik H. Cara paling senang utk ke tempat dia dgn komuter.
Oleh sebab masa kali pertama aku naik koc merah jambu hujung bulan lepas, tak ada masalah & rasa selesa jugak, kali ni pun aku buat keputusan nak naik koc yg sama.
Tapi yg buat aku rasa kecewa sikit, masa aku baru nak melangkah dari luar, aku nampak dalam koc tu sama kalau aku naik koc biasa. Pihak yg tak sepatutnya naik ni, dgn rasa tak bersalah, masuk & duduk dalam koc ni (diorang boleh duduk sebaris!- walaupun ada yg berdiri, tapi tak ramai). Disebabkan tak ada yg tegur, maka selamba je la diorang stay kat koc tu.
Masa tgh tunggu komuter utk balik pulak, sekali lagi aku decide nak masuk dalam koc merah jambu. Sebab aku rasa, kali ni tentu tak sama dgn keadaan mula2 tadi.
Tapi sangkaan aku silap. Kali ni, seorang dari pihak yg sepatutnya naik, berani menegur tapi teguran dia tak diendahkan. Selepas teguran yg pertama tak diendahkan, seorang lagi pulak tegur dgn cara yg agak agresif. Tapi beberapa orang dari pihak yg tak sepatutnya naik, menjawab dgn kuat yg diorang terpaksa naik disebabkan ada komuter rosak & dah tunggu terlalu lama. Aku tak sangka, diorang akan panggil yg tegur tu "kecoh"!
Masa tu, yg ada dalam fikiran, aku nak cepat sampai sebab tak nak bersesak-sesak lagi & lepas ni, kalau terpaksa naik komuter lagi, aku akan naik koc biasa je.
Nota: Nak kata serik, tak jugak.
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 5:00 PM 0 Tindakbalas
Labels: Macam2, Pengalaman
Monday, May 3, 2010
Bulan Penuh dgn Sambutan
18 Jamadilawal 1431
Salam...
Bulan Mei nampaknya ada banyak sambutan. Bermula dgn hari Pekerja yg jatuh pada 1 Mei yg kebetulan pulak hari Sabtu...
Oleh sebab, aku belum betul2 jadi pekerja, maka hari pekerja ni tak ada rasa apa2 sangat...
Cuma rasa seronok sikit sebab dapatlah Abah aku bercuti (walaupun Abah memang cuti Sabtu & Ahad) sebab dapatlah kitorg keluar ke tempat2 yg jarang pergi (tempat yg bukan utk shopping barang2 harian...yg tu bila2 pun boleh pergi..;p)
Oleh sebab keluarga aku jarang sambut hari2 macam...maka aku dah bayangkan yg hari tu nanti akan berlalu macam tu je...
Sebab sambutan hari Ibu ke Bapa ke pada keluarga aku bukan sesuatu yg jadi kemestian utk disambut sebab kalau setakat dgn tujuan nak mengenang/menghargai jasa ibu bapa, tak payah tunggu hari tertentu...hari2 pun boleh...
Tapi aku pernah jugak poskan kad ucapan (atau SMS je kalau tak sempat) utk Umi & Abah masa hari Ibu & Bapa masa aku tinggal jauh (asrama) dulu...sekarang, bila dah hari2 ada kat rumah, setiap masa pun aku boleh sambut hari Ibu & Bapa ni...hehehe
Nota: Lepas ni ada Hari Guru pulak...
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 5:15 PM 0 Tindakbalas
Labels: Cuti, Hujung Minggu, Perayaan
Saturday, April 10, 2010
Exam oh exam
25 Rabiulakhir 1431
Salam...
Minggu ni secara amnya (hari ni khasnya) agak mencabar sikit bagi aku...
Mula2 dapat surat, ada exam hari Sabtu (hari ni)...
Disebabkan ada beberapa kekangan, aku buat keputusan untuk tak pergi ambil exam tu walaupun ada rasa ralat dalam hati...
Tapi menjelang tengah malam tadi, boleh kata semua kekangan tu berjaya diatasi...
Jadi malam tadi jugak, aku buat keputusan utk teruskan jugak ambil exam tu (dlm keadaan antara bersedia dgn tidak, ulangkaji pun ala kadar)...
Perjalanan ke tempat exam yg sepatutnya ambil masa 40-45 minit jadi lebih kurang 3 jam...
Tersekat dlm traffic jam je 2 jam...
Drpd apa yg aku perhatikan, hampir semua yg tersekat dlm jam tu, terlibat dgn exam...
Pihak yg berkaitan pulak tak dapat buat apa2, sebab perkara ni memang diorg tak jangka...
Akhirnya, baliklah aku ke rumah dgn tak jawab walau 1 soalan pun... even masuk dewan pun tak sampai separuh jalan sebab baru jenguk dari luar, keadaan dlm dewan memang dah penuh & aku sampai pun dah lewat sangat...
InsyaAllah, kalau ada rezeki, aku akan dipanggil utk exam tu lain kali pulak...siapa tahu kan?
Nota: Rupa2nya ada hikmah kalau aku teruskan niat tak ambil exam tu... Allah lebih mengetahui...
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 12:56 PM 0 Tindakbalas
Labels: Hujung Minggu, Kapal Kertas/Keluarga, Pengalaman
Wednesday, April 7, 2010
April
22 Rabiulakhir 1431
Salam...
Pejam-celik-pejam-celik dah masuk bulan April...
Terasa baru lagi masuk tahun 2010...
Sebut pasal April, biasanya orang kaitkan dgn aktiviti kena-mengenakan kawan2...
Zaman sekolah dulu (aku pun jahil jugak masa ni), pernahlah buat perkara yg tak senonoh ni (kenakan kawan2), lepas tu pakat gelak ramai2...
Semakin dewasa, aku semakin sedar perkara2 ni semua hanya buang masa & mendatangkan aib atau menyusahkan orang yg terkena...
Ni ada petikan yg aku terima drp e-mel tentang 1 April:
Setiap kali muncul tarikh 1 April, rakyat negara ini termasuk umat Islam beriya-iya menyambut April Fool dengan menggemparkan sanak saudara dan rakan taulan. Selain Hari Valentine yang sudah sinoni dengan masyarakat Islam negara ini tetapi lebih kepada soal berkasih-sayang, April Fool pula menjurus kepada berseloroh.
Bagaimanapun, ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya. Adalah dipercayai sambutan April Fool mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah.
Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan. Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam. Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.
Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool’s Day’. Apa yang pasti setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang Islam begitu taksub dengan budaya `pandang ke Barat’ menjadi begitu sibuk sekali dengan kepala mereka penuh dengan senarai mangsa untuk dipermain-mainkan.
Kepala mereka juga ligat merangka bentuk ‘penganiayaan’ yang bakal dilakukan demi memastikan mereka puas melihat muka mangsa gurauan `April Fool’ mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, kadang kala lawak `April Fool’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan. Malah, mengikut e-mel yang diterima penulis, seorang suami yang jahil mengenai agama, telah mengucapkan, “Aku ceraikan kau dengan talak tiga” pada isterinya dengan niat untuk melawak.
Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan `April Fool’. Selepas itu, giliran suami pula meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan secara bergurau itu sebenarnya sudah pun jatuh dan dikira sah.
Apa yang menyedihkan ialah umat Islam di negara ini mudah mengingati sambutan pelik masyarakat bukan Islam terutama Barat tetapi lupa mengenai hari kebesaran hari di dalam Islam.
Sumber: e-mel
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 4:00 PM 0 Tindakbalas
Labels: Info
Wednesday, March 10, 2010
Lagi Tentang Kepala: Bertanduk?
24 Rabiulawal 1431
Salam...
Kalau semalam ada pasal kepala tupai tersangkut dlm kelapa, hari ni ada berita tentang kepala yg tumbuh tanduk...
Kepala nenek (mungkin moyang lebih sesuai kot) kat China ni, ada something yg menyerupai tanduk sepanjang 6.1 cm kat dahi kiri & tanduk ni semakin panjang...
Lepas tu, ada tompok kat dahi kanan yg mungkin akan jadi tanduk jugak...
Mengikut laporan berita, tanduk tu mungkin berasal dr bahan protein yg sama yg ada pada kuku, sisik & lapisan luar kulit: keratin
Macam2...
Nota: Emm...
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 9:36 AM 0 Tindakbalas
Tuesday, March 9, 2010
Kepala & Kelapa
23 Rabiulawal 1431
Salam...
Antara kepala & kelapa...ada apa?
Ada gigi & isi kelapa...;p
Berita ni aku baca kat Kosmo online (Dunia)...
Nota: Aku rasa kelakar bila tuan punya taman (tempat tupai2 ni makan) cakap, tupai2 ni nampak macam Angkasawan
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 2:40 PM 0 Tindakbalas
Monday, March 1, 2010
Akhirnya
15 Rabiulawal 1431
Salam...
Lama rasanya tak post apa2...
Nak kata sibuk tak jugak...mungkin sebab sekarang ni dah tak boleh mengadap skrin lama2...terus sakit kepala berjam-jam..langsung tak dapat buat kerja2 lain...
Jadi sementara masih ok ni, taiplah sikit (mungkin banyak) utk entry hari ni...
Hari ni hari pertama bulan Mac...cepatnya dah masuk bulan Mac
Lebih kurang 2 minggu lepas, adik aku, Kapal Terbang (KT) buat operation buang tonsil...
Sebenarnya dah lama dia ada tonsil ni...cuma masa kecik2 dulu, dia takut nak buang...
Biasalah budak2 takut operation...
Sepatutnya bulan Januari dia dah buat operation tu tapi minta tangguh sebab dekat sangat dgn exam dia...sekali dapat penghujung bulan Mac...
Masa dia balik cuti Tahun Baru Cina, dia dapat call drp hospital, ada orang lain yg sepatutnya buat operation, tak jadi...makanya ada tempat kosong utk dia...
Lepas bincang2 dgn family semua, dia buat keputusan utk terima tarikh tu dan terus masuk wad...
Akhirnya, dah selamat dah KT buang tonsil...tapi yg seksanya lepas operation tu especially masa nak makan (hari2 makan bubur) & berkomunikasi (kadang2 pakai bahasa isyarat je)...
Minggu lepas pulak, minggu hari lahir dalam family aku...mula dgn 23hb, birthday Atuk aku (sebelah umi aku, satu2nya grandparent aku yg tinggal) yg ke-92. Esoknya, birthday Abah aku. Lusanya pulak, birthday Umi aku...berturut-turut kan? Tapi ada lagi...hari seterusnya birthday Abah aku lagi (ikut tahun Hijrah) sebab abah aku lahir 12 Rabiulawal...
Jadi, Selamat Hari Lahir!
Sebelum betul2 terlewat, Selamat Menyambut Maulidur Rasul, Jumaat lepas...
Moga2 aku dapat menghayati & mencontohi akhlak Baginda S.A.W.
Kalau kat Johor, belum terlambat lagi, sebab sambutan Maulidur Rasul kat sana berlanjutan sampai lebih kurang 3 bulan...(ni pengalaman aku masa sekolah kat Johor dulu)
Nota: Akhirnya ada jugak entry lepas setengah bulan tak post apa2
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 11:03 AM 0 Tindakbalas
Labels: Cuti, Kapal Kertas/Keluarga, Perayaan, Ulangtahun
Wednesday, February 17, 2010
Terima Kasih
3 Rabiulawal 1431
Salam...
Terima kasih jugak kpd mereka yg bagi aku macam2...even ada yg top-up kan kredit hp lagi...hehe...terima kasih banyak2...
Nota: Entry pendek2 je sejak akhir2 ni...;p
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 5:11 PM 0 Tindakbalas
Labels: Terima Kasih, Ulangtahun
Monday, February 15, 2010
25
1 Rabiulawal 1431
Salam...
Selamat pagi (semasa entry ni ditaip) & selamat bercuti (lagi) kpd yg masih bercuti...
Hari ni aku dah masuk suku abad (ikut tahun Masihi)...
Mudah2an kehidupan aku sepanjang suku abad ni & masa2 akan datang, memberi banyak manfaat kpd aku & org2 lain di sekeliling aku...
Nota: Tahun ni pun tahun pertama aku ada blog...masih banyak yg aku kena belajar...
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 7:31 AM 0 Tindakbalas
Labels: Kapal Kertas/Keluarga, Ulangtahun
Sunday, February 14, 2010
Selamat Bercuti
29 Safar 1431
Salam...
Selamat bercuti pada yg bercuti...
Nampaknya agak panjang cuti minggu ni (berbanding cuti hujung minggu yg biasa), sampai hari Selasa...
Ada jugak yg ambil kesempatan utk buat majlis perkahwinan minggu ni...
Nota: Countdown hari ni...1 hari lagi..
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 4:21 PM 0 Tindakbalas
Labels: Cuti, Hujung Minggu, Perayaan
Wednesday, February 10, 2010
Dikehendaki: Menantu
25 Safar 1431
Salam...
Siapa yg nak cari menantu tu?
Parents aku kah?
Hahahaha....
Bukan...tu tajuk tv series yg aku rasa minat jugaklah...
Kisah tentang seorang bapa yg kaya nak cari menantu utk anak perempuannya (anak kedua drp 3 org adik-beradik perempuan + 1 adik lelaki)...
Macam2 yg berlaku dari pertemuan pertama sampai la proses si bakal menantu membiasakan diri dlm keluarga bakal isterinya...
Setakat hari ni, baru episod 8...
Jadi tak banyak yg boleh diceritakan sebagai sinopsis...tapi pada aku episod ni pun dah mula nampak jalan cerita & sikit2 dah boleh predict endingnya kot...
Oh, boleh baca ringkasan drama ni kat sini...
Nota: Waktu siaran cerita ni clash dgn Buletin 1.30...so kena gilir2 tengok tv sebab abah aku nak tengok berita masa balik utk lunch...Countdown hari ni : 5 hari lagi
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 6:55 PM 0 Tindakbalas
Labels: Drama/Filem, Hiburan
Monday, February 8, 2010
Hujung Minggu yg Penat
24 Safar 1431
Salam...
Sebenarnya tak penat mana pun...tapi sebab dah biasa duduk relax je masa hujung minggu, so bila ada aktiviti sikit, rasa penat la -->haha...org kuat tidur memang macam ni...
Sabtu
Pagi2 lagi dah kena bangun...ganti abah temankan umi pergi sekolah Kapal Kecik...
Abah tiba2 ada hal berkaitan dgn kerja beliau...walaupun malam sebelum tu dah plan baik punya utk pergi sekolah Kapal Kecik...
*Bukan tak biasa pergi sekolah dia...dulu siap pergi sorg2 lagi tengok dia ambil anugerah (masa Kapal Kecik kat sekolah rendah)
Niat asal nak tengok Majlis Aku Janji utk student PMR & SPM 2010...tapi diorg buat 2 acara dulu sebelum Majlis Aku Janji tu...
Mula2 ada Majlis Penyampaian Anugerah utk pelajar2 cemerlang PMR 2009...
Siap ada anugerah Ibu Bapa Cemerlang lagi (parents kpd student yg paling cemerlang)...bangga nampaknya diorg...hehe
Habis anugerah cemerlang, sambung Mesyuarat PIBG pulak...target sebelum tengahari mesyuarat habis...tapi pakcik2 ni meleret-leret pulak nak bahas usul...masa ni mata aku dah tak boleh tahan...
1st sebab malam tu aku tidur lambat...main game kat FB...
2nd, biasalah tengahari...cuaca panas memang buat aku jadi kurang produktif aktif...
Akhirnya sebab kesuntukan masa, student PMR & SPM tadi baca ikrar je, Aku Janji tu akan dibuat kat kelas je dgn guru kelas masing2 (mungkin dah dibuat siang tadi)
Sebab tak tahan letih duduk dlm dewan lebih kurang 5 jam (duduk je pun letih) tambah dgn cuaca panas, sampai je rumah aku bantai tidur sampai ke petang...
Ahad
Ni aktiviti biasa je...pergi pasar tani...
Just tolong bawak barang2 je (berat...huhu)
Tapi sebab jarang buat dgn penat hari semalamnya...maka buat kerja yg simple pun rasa penat...
Nota: Dah lama tak makan pisang goreng cicah sambal kicap..makan petang tadi sampai sekarang terasa2 lagi kat tekak..sedapnya...countdown hari ni: 7 hari lagi
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 8:55 PM 0 Tindakbalas
Labels: Hujung Minggu, Kapal Kertas/Keluarga
Friday, February 5, 2010
Jumaat
20 Safar 1431
Salam...
Selamat hari Jumaat...
Hari ni Jumaat pertama bulan Februari '10
Aku memang akan jadi gembira bila hari Jumaat...kadang2 rasa macam Jumaat tu aku seorg yg punya...(haha...perasan...)
Kenapa aku ada perasan perasaan macam tu?
Sebab aku lahir pada hari Jumaat...(haha sekali lagi)
Sebenarnya dari zaman sekolah lagi aku suka Jumaat..
Sebabnya...
1. Kalau sekolah pagi, balik cepat.
2. Esoknya hari Sabtu, hari yg biasanya cuti.
3. Masa kat Matrik pulak, bila Jumaat petang (sebulan sekali je aku buat macam ni) aku akan buat alasan (yg logik ye) supaya aku boleh balik rumah sebab Matrik aku dulu strict sangat, macam sekolah asrama penuh (agaknya)...even masa kat U pun aku akan buat macam ni, tapi kat U, tak payah susah2 nak cari alasan, habis kelas tunggu bas, pergi stesen komuter, balik rumah...lepas tu Ahad malam, baru sampai kolej (hostel)...
4. Ni yg paling utama, Jumaat kan Hari Raya kecik org Islam...so tiap2 minggu pun hari raya...
Yg ni aku saja nak share beberapa fakta pasal Hari Jumaat...klik je kat sini
*Sebenarnya ada banyak link lain yg share fakta yg sama, ni salah satu drpnya...
Lagi tentang hari Jumaat ada kat sini dan sini.
Nota: Tgh countdown...10 hari lagi...;p
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 2:30 PM 0 Tindakbalas
Labels: Info, Kapal Kertas/Keluarga
Saturday, January 30, 2010
Al-Fatihah
14 Safar 1431
Salam...
Pagi tadi, aku dapat berita yg nenek saudara aku, Nenek M (salah seorg kakak arwah nenek aku-sebelah umi aku) meninggal selepas hampir 100 hari adiknya, Nenek E, meninggal (kakak arwah nenek aku jugak)...
Umur Nenek M ni kalau tak silap aku lebih kurang 92 tahun...arwah pun dah lama uzur, sejak zaman aku sekolah menengah dulu...tapi sakitnya tak terlalu serius...
Nenek M ni satu2nya adik-beradik nenek aku yg tinggal (sebelum ni)...since Nenek M pun dah meninggal (mungkin semalam, dlm tidur), maka dah tak ada lagi adik-beradik nenek aku yg masih ada...
Al-Fatihah...semoga roh2 mereka dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 beriman...Amin...
Nota: Esok, kenduri 100 hari nenek E...
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 5:00 PM 0 Tindakbalas
Monday, January 25, 2010
Awet Muda
9 Safar 1431
Salam...
Memandangkan aku ni memang selalu ada kat rumah, jadi aku adalah pilihan terbaik family aku utk minta tolong...(pergi kedai belikan barang dapur/temankan org yg nak ke kedai, tolong fotostat/print kerja sekolah Kapal Kecik which is adik bongsu aku, etc)
Petang semalam, Kapal Kecik minta tolong fotostat utk kerja sekolah dia (macam biasa) sebab dia ada banyak kerja sekolah lain yg nak diselesaikan sementara aku tolong fotostat...
Seminggu kebelakangan ni, aku terpaksa fotostat kat Cyber Cafe (CC) since kedai yg biasa aku pergi mesin fotostatnya rosak...(lagipun aku memang akan print kat CC ni kalau printer aku buat hal)...
Pekerja kat CC tu macam dah cam muka aku (yg selalu fotostat buku utk Form 3)...
Aku anggarkan umur dia antara 20-23 tahun...
Masa pekerja ni fotostat buku (banyak page pulak tu), dia pun beramah-mesra dgn aku...
Aku : Taklah, ni adik saya punya. Dia mintak tolong.
Pekerja: Oh...
Lepas 2,3 page...
Pekerja: Awak form berapa?
Aku: (err...nak jawab ke tak nak?) Saya PMR 10 tahun lepas.
(opss...aku termerapu)
Pekerja: Umur berapa sebenarnya?
(riak muka dia macam "peliknya jawapan dia ni")
Aku: (still teragak-agak) Tahun ni masuk 25.
Pekerja: Oh...kira saya ni pangkat adik lah ni... (senyum)
Aku: (senyum jugak)
Aku pakai sempoi je masa tu, trackbottom dgn t-shirt...agaknya pasal tu dia ingat aku budak sekolah...
Pulak tu kejap2 datang fotostat buku utk budak Form 3...lagi lah kuat teori dia yg aku ni budak sekolah...hehe..
Tapi kes org salah sangka umur sebenar aku ni dah selalu berlaku...
Dulu, kalau jumpa saudara jauh yg tak berapa kenal aku tapi kenal rapat dgn parents aku, diorg selalu ingat aku still belajar kat sekolah menengah walaupun masa tu aku dah final year kat U...
Even aku dah grad pun, ada org ingat aku budak sekolah...
Lepas tu, adik aku (Kapal Terbang) yg muda setahun je drp aku pun org ingat dia abang aku...sebab muka dia matured sikit...
Nota: Tinggi aku kira average lah utk rakyat Malaysia. Aku memang awet muda agaknya (hahaha...perasan ;p)
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 9:30 AM 0 Tindakbalas
Labels: Kapal Kertas/Keluarga
Thursday, January 21, 2010
5 Perkara
5 Safar 1431
Salam....
Bila teringat Hadith dlm lagu Raihan "Demi Masa", tiba2 aku rasa nak kaitkan sikit dgn hidup aku sekarang (atau buat masa ni)...
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
1. Sihat sebelum Sakit
Buat masa ni, memang aku sihat...Alhamdulillah...
Tapi malam tadi memang menguji aku...
Tiba2 gastrik datang & sakitnya memang yg amat...
Bukan tak pernah gastrik sebelum ni, tapi kali ni sakitnya memang betul2 menguji...
Aku dapat tak tidur sepanjang malam tadi..
Apa yg buat aku bersyukur sangat sebab aku ada kat rumah, jadi family aku banyak membantu sampai aku ok pagi tadi...Alhamdulillah..
Lepas ni aku akan jaga makan betul2...huhu
2. Muda sebelum Tua
Aku memang masih muda sekarang..haha...
Akan masuk suku abad bulan depan (still boleh consider tu sebagai muda, kan?)
Tapi kalau ikut tahun Hijrah, aku dah nak masuk 26 pun beberapa bulan lagi..huhu..
Kalau panjang umur sampai tua (let's say 70 ke 80), mudah2an umur aku tu dipenuhi dengan keberkatan, iman yg meningkat dari hari ke hari...InsyaAllah...
3. Kaya sebelum Miskin
Yang susah sikit nak cakap...
Emm...kalau ikut aku, memang aku tak kaya, biasa je...
Kalau ikut family aku (Abah aku seorang je yg kerja), kira sederhana la...kaya tidak, miskin pun bukan...
So, masa tengah ok ni, kena sentiasa beringat & berjimat-cermat...
4. Lapang sebelum Sempit
Sekarang ni memang aku lapang sebab aku still belum dapat kerja tetap lagi...
Mohon sana sini...tunggu dipanggil interview je...
Aku sangat appreciate masa lapang aku ni...walaupun kadang2 agak bosan, tapi banyak jugak ilmu tak formal yg aku dapat...
Mana lah tahu rezeki dapat kerja dlm tahun ni...mesti sibuk macam org2 lain yg bekerja...(agaknya la..)
Mudah2an aku dapat kerja dlm masa terdekat ni, dpt la parents aku merasa duit aku...hehe...
5. Hidup sebelum Mati
Emm...yg ni...apa yg aku boleh kaitkan dgn aku sekarang ialah aku masih bernafas di bumi Allah ni...
Nota: Banyak menginsafi diri sejak akhir2 ni...
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 5:32 PM 0 Tindakbalas
Labels: Kapal Kertas/Keluarga
Friday, January 15, 2010
AJL 24
30 Muharram 1431
Salam...
Walaupun AJL dah lebih kurang seminggu berlalu dan mungkin agak terlambat utk aku komen apa2..tapi takpelah..aku nak komen jugak...haha..
Memang antara banyak2 persembahan..yang paling aku tunggu tentulah Faizal Tahir (FT)..
1st...sebab memang aku agak minat dgn LAGU2 dia..
2nd...sebab masa separuh akhir Shila yg ganti FT perform...dan lepas aku ada baca kat paper yg dia sakit tapi still nak perform setakat yg dia mampu...so aku nak tengok jugalah macam mana org sakit perform...
Persembahan yg tak mengecewakan bagi org yg bertongkat..cuma aku rasa kesian kalau jadi apa2 pada dia lepas perform sebab anak2 dia kecik2 lagi...
Selain FT, Aizat pun ok..especially Kau Aku sebab tu pun lagu favourite aku jugak...
Tak sangka pulak yg dia akan bawak budak2 sekolah...sekali dapat Persembahan Terbaik..
Aku paling terperanjat bila tengok Black laga pipi dgn Mas Idayu...walaupun dia cuma anggap Mas Idayu tu macam mak (mummy) dia...but still tak sesuai perbuatan tu...lainlah kalau Black tu girl ATAU Mas Idayu tu lelaki..
tapi ada ke lelaki normal kat Malaysia ni yg laga pipi sesama lelaki? kalau kat Arab setahu aku ada...
Lastly, masa persembahan Search (ni paling jelas yg aku nampak)..
Ok yg ni mungkin disebabkan aku baru tengok beberapa part drp video The Arrivals yg aku tau kewujudannya hujung tahun lepas...
Dlm video yg aku dah tengok (sebab ada 51 parts, so aku pilih2 yg mana nak tengok dulu), ada cerita tentang Freemason, dajjal & simbol2 yg ada maksud tersembunyi...antaranya simbol satu mata & piramid...
Simbol2 ni ada jelas terpampang kat belakang Search masa diorg tgh perform...
Mugkin masa Search tgh famous dulu (sekitar 70an-80an) org2 Malaysia tak sedar pun akan hal ni (kalau diorg dah lama pakai simbol tersebut)..atau ada yg tau tapi tak ramai & mungkin jugak diorg tak tau apa maksudnya..
Pada masa ni aku terfikir...senangnya org2 dlm gerakan ni mempengaruhi masyarakat dunia melalui perkara yg diorg minat (dlm hal ni...muzik)...
Haish...entahlah....
Nota: Pinjam kata2 Prof. Izi "Renung2kan & Selamat Beramal"
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 8:30 PM 0 Tindakbalas
Gerhana Matahari
29 Muharram 1431
Salam...
Antara yg boleh dilakukan walaupun kat rumah saja adalah solat sunat gerhana matahari...
Kalau dulu, kejadian gerhana ni susah sangat nak nampak...tapi sejak akhir2 ni macam selalu pulak berlaku...
Baru2 ni ada gerhana bulan...lebih kurang pertengahan tahun lepas ada gerhana matahari jugak...cuma aku lupa bila tarikh gerhana tu berlaku...
Mungkin ni tanda2 dunia yg semakin tua...dah dekat dgn akhir zaman...
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 2:45 PM 0 Tindakbalas
Labels: Info
Sunday, January 3, 2010
Kapal kertas?
17 Muharram 1431
Salam...
Kenapa Kapal Kertas?
Aku dpt idea nak gunakan nama Kapal Kertas sebab masa aku nak create blog ni, aku tgh lipat kertas yg nak dibuang jadi bentuk kapal.
Hehe...aku memang suka lipat kertas jadi kapal tak kisahla kertas putih yg biasa tu ke resit ke..(kertas yg aku dah nak buang)
Kadang2 duit pun aku lipat jadi kapal & simpan dlm poket..
Tapi bila terdesak tak cukup duit..aku buka balik lipatan kapal tu & guna..
Aku sebagai kapal kertas..
Kalau kapal kertas tu dihanyutkan kat air (sungai, kolam etc)..air tu sebagai perjalanan kehidupan aku..
Bila dah lama dalam air..kapal tu akan serap air..mungkin boleh diibaratkan pengalaman, ilmu etc yg diperolehi dalam hidup..
Sampai masa, kapal tu akan tenggelam..pengakhiran hidup yg semua makhluk akan mengalaminya bila masa tu sampai..
Nota: Tiba2 ada mood nak berfalsafah ;)
Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 9:30 AM 0 Tindakbalas
Labels: Falsafah?, Kapal Kertas/Keluarga
Friday, January 1, 2010
Pertama
15 Muharram 1431
Salam...Welcome to Kapal Kertas ..;)
Ini kali pertama aku menulis blog.
Selama ni aku juz menjengah blog org lain termasuk blog penulis2 novel/cerpen yg kebanyakannya jadi favourite aku.
So, hari ni akan jadi permulaan aku dlm penulisan blog.
Harapan aku, segala yg akan berlaku pada 2010 jauh lebih baik berbanding tahun2 lepas..InsyaAllah..

Dicatat oleh ~Kapal Kertas~ pada 5:35 PM 0 Tindakbalas
Labels: Pertama kali












